Monday, February 14, 2011

KHALID IBRAHIM : FOKUSLAH MENTADBIR NEGERI.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
Kerajaan Selangor Terus Mempermainkan Rakyat

1. Akhirnya selepas usaha untuk meminda undang-undang tubuh negeri Selangor gagal, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa akur dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

2. Sebelum ini pelbagai reaksi pemimpin pakatan pembangkang Selangor menentang keputusan Sultan untuk melantik Mohd Khusrin sebagai SUK yang baru sehingga ada yang sanggup menderhaka terhadap titah baginda Sultan.

3. Walaupun Khalid Ibrahim mengumumkan untuk mengadakan majlis angkat sumpah simpan rahsia, namun, ada beberapa perkara yang menjadi persoalan.

4. Mengapa Menteri Besar Selangor tidak membenarkan Khusrin menyertai kesemua mesyuarat kerajaan negeri, mengapa perlu dikhususkan mesyuarat exco?

5. Jika dua mesyuarat exco kerajaan negeri diadakan (satu boleh dihadiri SUK dan satu lagi tidak), ini bermakna ada rahsia yang cuba disembunyikan kerajaan pembangkang Selangor.

6. Jika benar kerajaan Selangor adalah kerajaan rakyat yang mengutamakan kepentingan rakyat, mengapa mereka perlu takut. Kerajaan Selangor perlu lebih telus dan terbuka jika benar tiada penyelewengan dalam pentadbiran.


1 comment:

  1. Satu mesyuarat untuk tetapkan next meeting (SUK Hadir). Satu lagi mesyuarat untuk merompak & menyamun harta negeri Selangor (tanpa SUK).

    Sekarang zaman pemerintahan Penyamun & Penyangak di Selangor.

    ReplyDelete