Sunday, February 20, 2011

PAS TERPAKSA BERCAKAP MENGENAI RASIS (SEBUT MELAYU).

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Dalam konvensyen membincangkan forum 'undi melayunya'  di Shah Alam semalam, pas nampak jelas terjebak dalam mainan rakan-rakan mereka dalam Pakatan.

2. Saya masih ingat tatkala Pakatan mengadakan ceramah mereka di Kelab Sultan Sulaiman pada April 2008, mereka mereka melaungkan akan idelisme Ketuanan Rakyat.  Konsep Ketuanan Rakyat itu menolak politik ras .

3. Keadaan ini berterusan sehinggalah pembohongan demi pembohongan mereka didedahkan, kecelaruan dalam menetapkan pendirian akhirnya memaksa rakyat melakukan perubahan.

4. Pilihanraya Kecil  Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan yang terbaru Tenang telah menyaksikan penolakan besar-besaran pengundi melayu terhadap Pas.

5. Apa yang menyumbang kepada penolakan rakyat terhadap Pas adalah kerana  kecelaruan minda dan keangkuhan pimpinan pas yang senantiasa dan kerap menghina maruah bangsa melayu.

6. Konsep 1Malaysia semakin menyanggah mainan politik sempit Pakatan.

7. Sudah diperjelaskan dalam artikel panjang Tun Mahathir yang membidas pas minggu lepas, Umno telah melaksana satu dokrin paling unggul dalam halatuju membentuk jatidiri bangsa apabila dalam Draf Perlembagaan diwajibkan pasangan Bangsa Melayu ini mestilah beragama Islam.

8. Selama ini pas cukup konsisten dalam hal menghina maruah bangsa. Melayu adakala digelar jahiliah, kafir, munafik, haram diundi parti berpaksikan ras. Malah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor pun pernah digelar 'bodoh' sewaktu sehari sebelum pembuangan undi di Pilihanraya Hulu Selangor.

9. Siapa pernah menyangka segelintir pimpinan pas lah yang menjadi dalang menjual kalimah ALLAH untuk disamaratakan dengan konsep Pluralisme Agama.

10. Semalam sekali lagi pas cuba menyedap dan menyejukkan hati pengundi melayu. Kononnya mereka akan kembali dalam memartabatkan semula Perjuangan Melayu. Sungguh slapstik.

11. Apakata pas jika orang melayu mencabar mereka, laksanakan Dasar Hudud dan Negara Islam (Isle) terlebih dahulu sebelum menjilat balik ludah dan kahak yang pernah mereka hamburkan kepada orang melayu.

12. Pas mahu bercakap mengenai melayu, tak takut pada tuan mereka iaitu DAP  ke ?

1 comment:

  1. PAS tahalluf siyasi bukan bergabung. takpa perlu pencerahan lagi bersama sebab benda ni semua perlu penghujahan yang baik.

    MASA BERPERANG DENGAN RAJA PARSI DULU PUN PUAK MUSYRIKIN BERGABUNG DENGAN TENTERA RASULULLAH UNTUK TUJUAN 1 MENJATUHKA...N PEMERINTAH ZALIM. HINGGA ADA MEREKA YANG MATI DALAM PERANG.

    Yop.. PAS ngan DAP tak Bergabung.. yg gabung tu UMNO ngan MCA parti Chua Soilek PORNO tu.. PAS hanya Berpakat dengan DAP nk hancurkan UMNO dan MCA yg Rasuah.. Yg Zalim.. MAcam Ulama Azhar dan Paderi Kristian sama2 nk jatuhkan Kerajaan Zalim Hosni Mubarak.. kalau ikut otak ko.. Kenapa Ulama' bersatu dgn Keristian nk lawan Islam..

    ini adalah komen penyokong PAS di laman facebook saya, kerjasama PAS & DAP x apa, yg x boleh ialah kerjasama UMNO $ MCA, apa komen DSS?

    ReplyDelete