Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Maafkan saya di atas kelewatan mengemaskini blog. Minggu lepas rombongan Pemuda Umno Bahagian Selayang telah berangkat ke Indonesia dalam siri pertemuan kami dengan wakil Parti Golkar.
2. Pertemuan yang mengkhususkan kepada perbincangan dan mengenalpasti peluang ekonomi telah berlangsung dengan jayanya di sana.
3. Dalam siri pertemuan ini, beberapa langkah dan isu telah berjaya dikupas . Antaranya mengenai peluang perniagaan yang boleh diperolehi serta cara dan kaedah menjalinkan hubungan ekonomi antara kedua negara.
4. Agak menarik apabila wakil Parti Golkar telah mencadangkan agar usahawan dari Malaysia segera merebut peluang mengadakan usahasama perniagaan kerana mereka mempunyai lambakan bahan mentah dan tenaga buruh yang ramai.
5.Isu mengenai permaslahan PATI, hubungan diplomatik dan kerunsingan mengenai sikap anti malaysia telah diperbincangkan dengan baik dalam situasi musyawarah yang cukup mesra.
6.Jelas isu remeh temeh yang adakala berlaku tidak memberikan kesan langsung terhadap perhubungan antara kedua negara.
7. Di bawah ini adalah beberapa foto menarik sepanjang pertemuan Pemuda Umno Bahagian Selayang dengan wakil dari Parti Golkar.
Salam Dato Seri,
ReplyDeleteTertarik dengan aktiviti yang dijalankan oleh Pemuda UMNO Selayang. Ini patut dicontohi dan dikembangkan kepada pergerakan Pemuda UMNO yang lain.
Mengenai jemputan kepada usahawan Malaysia untuk menerokai pasaran Indonesia memang tidak dapat dinafikan satu peluang yang cukup baik, ditambah pula dengan pasaran Indonesia yang lebih luas. Mungkin pihak Pemuda UMNO Selayang boleh menjadi satu medium untuk usahawan menerokai apa yang diwar-warkan. Bagi saya ini adalah potensi yang besar dan boleh dikongsi bersama.
Assalamualaikum. Salam Tahniah Dato!
ReplyDeleteMudah2an Dato dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi kedua negara kita melalui usahasama seperti ini.
Inilah yang saya suka dan sokong. CARI MAKAN! bukan CARI PASAL macam kebanyakan orang lain. Saya sokong usaha sebegini!
Malaysia dan Indonesia boleh sama sama maju seandainya lebih ramai pemimpin kedua negara mencontohi usaha Dato Sohaimi!
You have my total support on this Dato!
terima kasih sahabat mahaguru58 dan anon.
ReplyDeletemoga ketemu kita satu hari nanti.
Tahniah Dato' ..walaupun saya kakitangan kerajaan tapi amat menyokong usaha Pemuda UMNO dan inisiatif yang dilakukan oleh Dato dan AJK yang terlibat dalam usaha memajukan ekonomi negara dan rakyat khususnya.
ReplyDelete