Friday, June 3, 2011

PEMILIHAN PAS : TUNGGU APA LAGI ?

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Pemilihan kepimpinan tertinggi parti pas akan berlangsung hari ini. Berdasarkan kepada pola dan publisiti pemilihan pas kali ini , ia bakal mencorakkan halatuju parti  sejurusnya mendepani pilihanraya ke 13 yang bakal tiba.

2. Di kalangan pendapat rakyat bawahan terutamanya pengundi melayu, mereka mendapati pas gagal untuk menjadi ketua dalam struktur hirarki gabungan pakatan.

3. Beberapa isu dan insiden sepanjang 3 tahun pasca 2008, kelihatan parti pas lebih banyak untuk bertindak sebagai pak turut yang dipasung hidungnya terutamanya daripada parti DAP.

4.Imej parti pas sebagai yang kononnya berlandaskan perjuangan islam sudah tidak kedengaran apatahlagi kelihatan. 

5. Mana perginya perjuangan Negara Islam ? Adakah dengan sekali sergahan yang dilakukan oleh DAP maka pas terpaksa tunduk membisu diam seribu bahasa ? 

6. Isu ini jelas telah mematikan kepercayaan ahli malah penyokong pas terhadap kredibiliti dan kegarangan segelintir kepimpinan tertinggi pas.

7. Bukan sahaja DAP yang berjaya merosakkan parti pas, malah ketaksuban melampau segelintir pimpinan pas terhadap perjuangan anwarista sebenarnya telah mencerminkan fraksi-fraksi dalam saf kepimpinan pas yang nampak gayanya boleh berderai pecah jika sudah tidak dapat lagi dikawal.

8.Masanya sudah tiba untuk pas menolak anasir perosak parti. Ketidakmampuan pas untuk mengawal parti sendiri telah mengecewakan ahli parti mereka sendiri.

2 comments:

  1. Anasir Perosak parti PAS yg palinggggggg utama: Nik Aziz. Gantikan Haron Din dengan Nik Aziz, Islam akan kembali bersinar dalam PAS

    ReplyDelete
  2. > piraahhhhh...kata nak ganti umno!!!
    >dlm pakatan pon hampa dah jadi paria....

    ReplyDelete