Wednesday, June 15, 2011

PAS, TUNGGANGAN TERBAIK PARTI DAP.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang berakhir baru-baru ini, Allah menunjukkan kebenaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya, apabila parti yang selama ini dikatakan mendaulatkan Islamiah sudah jelas terpesong dari landasan perjuangan Islam sebenarnya.

2. Jika sebelum ini kita menyatakan bahawa PAS hanya mempermainkan slogan Islam demi kepentingan politik sempit mereka, ramai yang taksub kepada perjuangan PAS mendakwa PAS adalah parti memperjuangkan Islam sebenarnya.

3. Namun akhirnya kebenaran tetap terbukti apabila parti itu mengubah dasar perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan dengan alasan negara Islam tiada dalam al-Quran.

4. Memang negara Islam tidak disebut di dalam al-Quran, tetapi Allah tidak menghalang umatnya untuk menegakkan sebuah negara Islam. Persoalannya apakah kerana tidak ada dalam kitab suci al-Quran ataupun tunduk kepada desakan DAP punca PAS terpaksa mengubah haluan perjuangan.

5. Selama ini penyokong PAS tertipu dengan slogan negara Islam yang diperjuangkan PAS, bukan itu saja sebelum ini juga PAS kononya memperjuangkan undang-undang Islam, membatalkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan setelah berjaya membentuk kerajaan.

6. Dengan kata lain PAS cakap tidak serupa bikin, dengan kata yang lebih tepat lagi parti itu kini semakin munafik menipu dasar perjuangan partinya. Tapi mungkin bagi PAS tidak mengapa kerana meraka adalah 'ulama PAS' bersifat maksum barangkali.

7. Bila menyebut negara berkebajikan, BN sudah lama melaksanakannya dengan memberikan pendidikan percuma, kesihatan percuma dan banyak lagi kepada rakyat. walaupun pembangkang mengatakan itu adalah tanggungjawab pemerintah, memangbenar, tapi tidak semua pemerintah di dunia ini mampu lakukan seperti mana kerajaan BN berikan kepada rakyat.

8. Saya rasa lebih baik pakatan pembangkang ini jadikan negeri yang mereka tadbir kini seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor berkebajikan terlebih dulu sebelum bercakap untuk menjadikan Malaysia negara berkebajikan.

9. Contoh sudah ada di depan mata,lebih 20 tahun PAS mentadbir Kelantan masalah air gagal diatasi, jalan raya gagal untuk diperbesarkan dan peluang pekerjaan amat sedikit, buktinya berapa ramai rakyat dari negeri itu terpaksa berhijrah ke ibu kota untuk mencari rezeki.

No comments:

Post a Comment