Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan limpah iziNya maka Datuk Eskay dapat melafazkan sumpah laknat bagi mencari kebenaran untuk membuktikan bahawa individu dalam video seks yang didedahkannya sebelum ini adalah Datuk seri Anwar Ibrahim.
2. Walaupun majlis lafaz sumpah laknat itu cuba disabotaj oleh oleh sekumpulan penyokong PKR yang diketuai Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin, namun ia bukan halangan untuk Datuk Eskay melafazkan sumpah.
3. Kehadiran kumpulan penyokong PKR itu membuatkan suasana bertambah tegang dengan pelbagai kata-kata kesat dilemparkan di dalam rumah Allah, bagaikan tidak menghormati kesucian dan kemurniaan Masjid.
4. Petikan ucapan sumpah laknat Datuk Eskay:
"Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim (mengucap dua kalimah syahadah 3 kali), pada hari ini 29 April 2011 saya Shazryl Eskay bin Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut, bismillahirahmanirahim...wallahi, wabillahi, watallahi aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut, sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah akan melaknat akan diriku, assalamualaikum.

5. Yang menghairankan serta menjadi tanda tanya? sebelum ini Anwar menafikan pelaku dalam video berkenaan adalah dirinya. Tetapi mengapa pula penyokong PKR termasuk Ketua AMK berusaha bersungguh-sungguh menghalang Datuk Eskay daripadamelafazkan sumpah laknat. Kalau dah bukan Anwar kenapa mesti takut? tepuk dada tanya selera dan fikirkanlah rakyat Malaysia.
6. Apapun, kejayaan Datuk Eskay melafazkan sumpah adalah satu tamparan hebat buat Anwar yang sehingga kini belum berusaha untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau tidak bersalah.
7. Ayuh Anwar, saya cabar saudara jika benar tidak bersalah lakukanlah sumpah laknat ataupun saman 'Datuk T' jika anda yakin dipihak benar, jangan cari dalih sebaliknya katakan boleh untuk bersumpah, ayuh Anwar buktikan keberanian anda.