Monday, April 25, 2011

PERDANA MENTERI : 2 JAMINAN YANG MENARIK PERHATIAN RAKYAT.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Tidak sampai  2 hari Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan 2 perkara penting.

2. Pertama pengumuman 7 Prinsip Baru Sektor Pertanian yang memberikan 'kesegaran' kepada sektor pertanian bagi menghadapi 3 bentuk krisis yang dijangka boleh berlaku kepada sektor ini pada masa akan datang. 

3. Katanya tiga ancaman yang dimaksudkan itu  ialah ancaman makanan dan peningkatan harga barangan makanan, ancaman terhadap bahan tenaga serta cabaran kepanasan global dan perubahan iklim.  

4.Jaminan kerajaan untuk tidak menyekat penulisan blog,facebook dan twitter merupakan pukulan maut terhadap tuduhan pembangkang yang kerap mengatakan bahawa kerajaan menghalang kebebasan media.

5. Bagi saya inilah bukti sikap inovatif dan keterbukaan kerajaan dalam memberikan peluang yang terbaik kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment