Friday, April 15, 2011

RAKYAT SARAWAK WAJIB TOLAK PAKATAN.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Tinggal 24 jam daripada sekarang tirai kempen pilihanraya negeri sarawak akan berlabuh.

2. Selain media utama,  rakyat juga telah dihidangkan dengan berita dan analisa alternatif yang disampaikan oleh para blogers dan media yang lain.

3. Pakatan pembangkang telah membawa budaya politik palsu ke negeri sarawak. Lihat pada foto manifesto mereka di atas. Apa yang anda lihat hanyalah ulangan janji manis yang ditaburkan kepada rakyat sarawak sama sepertimana yang pernah mereka lakukan pada 3 tahun lepas ke atas rakyat di semenanjung.

4. Saya berkeyakinan tinggi rakyat sarawak sudah diperlihatkan akan kegagalan pakatan mengota janji apatahlagi untuk mengemimplementasi ide pembaharuan di negeri yang telah mereka kuasai .

5. Selain pembohongan manifesto pilihanraya 2008, sekali lagi mereka berjanji untuk membohongi rakyat dalam manifesto stereotaip Buku Jingga. Buku Jingga menjanjikan kejaiban 100 hari kepada perubahan lanskap sosio,ekonomi,pendidikan dan lain-lain.

5. Antara indah mendengar kata-kata ceramah dan memikir secara rasional akan fakta yang ada, maka pilihan utama rakyat sarawak adalah memilih subjek yang kedua. 

6. Fakta kemampuan Barisan Nasional yang telah berjaya membangunkan negeri sarawak tidak harus ditolak ketepi sahaja hanya kerana 'drama dari rostrum' pakatan.

7. Saya menyeru rakyat sarawak untuk terus memberikan mandat yang besar kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Negeri yang bakal berlangsung sabtu ini.

8. Janganlah kita untuk berani 'mencuba-cuba' memilih pakatan sedangkan selama 3 tahun mereka memerintah di beberapa negeri semenanjung, ternyata janji yang ditabur adalah retorik rostrum semata-mata .

9. Selamat mengundi saya ucapkan kepada rakyat sarawak, undilah Barisan Nasional . 1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

No comments:

Post a Comment