Friday, April 22, 2011

SUDAH SEMINGGU : BILA ANWAR NAK JAWAP RAJA PETRA ?

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah pilihan raya negeri Sarawak sudah berakhir dengan menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan kemenangan dengan majoriti dua pertiga.

2. Walaupun sudah hampir seminggu pilihan raya Sarawak sudah berakhir namun kita masih menantikan jawapan daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK).

3. Pendedahan RPK bahawa Anwar terbabit dalam usaha menghalang Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pentadbiran negara selaku Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

4. Anwar sehari sebelum hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak berkata beliau akan menjawab segala dakwaan RPK sehari selepas piilihan raya berlansung.

5. Tetapi difahamkan, beliau terus bergegas ke luar negara pada petang 16 April setelah mengetahui PKR gagal menumbangkang BN, mungkin juga bimbang tembelangnya akan pecah maka Anwar terus meninggalkan negara.

6.Jika benar beliau berada di pihak benar dan tidak terbabit dengan kerja memfitnah Najib, kenapa mengelak daripada menjawab segala persoalan yang dibangkitkan RPK.

7. Anwar juga dicabar supaya mengemukakan bukti jam tangan Omega miliknya jika benar beliau tidak terbabit dengan skandal yang didedahkan 'Datuk T'. Sampai hari ini rakyat belum dapat melihat jam tangan berkenaan yang kononnya disimpan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

8. Malah, Anwar juga mengelak daripada menyerahkan DNA nya berhubung kes liwat dihadapinya kini dengan memberi pelbagai alasan.

9. Oleh itu Anwar dicabar supaya bersumpah laknat dengan al-Quran sekiranya benar beliau tidak terbabit dengan kes liwat dihadapinya kini serta tidak terlibat dengan video skandal seks.

10. Jika Najib dan Saiful Bukhari sudah bersumpah dan kesediaan Datuk T untuk bersumpah didepan Kaa'bah berhubung skandal video itu, kenapa sampai hari ini Anwar masih membisu seribu bahasa.Buktikan kebenarannya, jangan biarkan rakyat terus ditipu dan keliru.

11. Jika anwar buat-buat lupa, saya sertakan 2 petikan video temu bual raja petra untuk tuntunan anda.



3 comments:

  1. anwar sedang berusaha mendapatkan jam omega kat luar negara..balik nanti, adalah jam omega tu..!

    ReplyDelete
  2. Kat mana agaknya Anwar menghilang sekarang ni ye. Mungkin di port CIA untuk mencari jalan keluar dari kemelot sekarang ini kot. Buatlah ape yang patut Nuar asal jangan buat cerita sampai CIA gerakkan Pentagon untuk mengebom Malaysia macam mana yang sedang dilakukakn keatas LIBYA sudahlah.

    Ya Allah. Kau perbetulkanlah Anwar dan selamatkanlah Malaysia dan semua rakyat Malaysia. Makbulkanlah doa-doa orang-orang alim kami (yang tak de muslihat politik) supaya Malaysia ini aman dengan rakyatnya bersatu padu. Sesungguhnya Engkaulah ya Allah yang maha berkuasa.

    Amin!!!

    ReplyDelete
  3. Raja Putera pun dah bertaubat. Kan banggg. Tolong-tolonglah selamatkan tanah air yang tercinta ini bang. Inilah sahaja satu2 nya tanah air milik kita.

    ReplyDelete