Monday, April 18, 2011

MOMENTUM KEMENANGAN HARUS DITERUSKAN.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Pertama kita harus mengucapkan syukur di atas kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum negeri sarawak  ke 10 yang telah selamat dijalankan dengan jayanya.

2. Kemenangan dengan majoriti 2/3 yang diberikan oleh pengundi merupakan signal penting rakyat sarawak untuk terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk mentadbir di bumi sarawak.

3. Kempen propaganda yang cukup agresif yang dilakukan oleh pembangkang tidak dapat tidak sebenarnya telah mempengaruhi pemikiran rakyat. Mereka membawa gaya semenanjung ke sarawak. Budaya politik yang kasar ini memang merupakan mainan mereka. 

4. Mereka sebenarnya ketiadaan isu. Pas sekadar melengkapkan jadual sahaja manakala calon PKR dikabarkan memegang rekod antara calon yang banyak kehilangan wang deposit.

5. Momentum pengundi cina terhadap DAP terus konsisten. Bagi saya ini merupakan siri kelangsungan 'wave' mereka terhadap parti DAP. Ia tidak mengejutkan dan sudah dijangka.

6. Pandangan saya, keutamaan kerajaan Barisan Nasional kali ini perlu difokuskan kepada mereka yang telah setia menyokong perjuangan. 

7. Usaha ke arah memenangi hati kesemua pengundi harus dilipatgandakan lagi. Pastikan setiap peringkat masyarakat mendapat perhatian yang sewajarnya. Rakyat didahulukan merupakan navigasi penting untuk Barisan Nasional mencorak hala tuju perjuangan.

8. Insyaallah dengan usaha dan kerja keras kita, tidak mustahil kejayaan yang lebih gemilang bakal berlaku pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

No comments:

Post a Comment