Sunday, April 3, 2011

PAKATAN SELANGOR HILANG FOKUS.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. Pendedahan mengejut keratan akhbar di atas yang menunjukkan pembayaran gaji kepada 8 pekerja kontrak PKNS mengundang persoalan.

2. Adalah ini caranya Pakatan Selangor menunjukkan contoh ketelusan dan transperansi dalam mentadbir sebuah kerajaan negeri ?

3. Jika beginilah caranya mereka membelanjakan wang rakyat, bagaimana pula agaknya kelakuan dan tindak tanduk mereka jika putrajaya mereka perolehi ? 

4. Saya masih ingat lagi akan janji mereka kepada rakyat sebelum berlangsungnya Pilihanraya 2008. Mereka menjanjikan ketelusan dan berhemat dalam berbelanja.

5. Namun setelah 3 tahun mentadbir negeri, janji tinggal janji. Keadaan prestasi kewangan beberapa anak syarikat kerajaan negeri nampaknya semakin haru biru.

6. Wang rakyat dibelanjakan tanpa had dan aturan. Jika beginilah gayanya cara mereka mentadbir, tidak mustahil selangor boleh mengalami defisit kewangan sekali lagi pada tahun ini.

7. Jelas mereka kurang berpengalaman mentadbir. Jangan perjudikan untung nasib negeri selangor di tangan mereka lagi. Ubah sebelum rebah.

2 comments:

  1. ini si OO celaka punye keje la nih!!!

    ReplyDelete
  2. Hancurlah Selangor dan semakin bankrap negeri ini. Sudah terbukti kelakuan buruk dan tidak jujur dgn mereka semua.

    ReplyDelete