Saturday, April 9, 2011

PROGRAM TAKLIMAT PELAN TRANFORMASI EKONOMI (ETP).

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Pada 7 haribulan april yang lepas, pihak kami telah menganjurkan taklimat mengenai  Program Taklimat Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) & Teraju bersama Dewan perniagaan melayu malaysia selangor. Antara tetamu kehormat yang telah menghadiri Program ini adalah Tan Sri Rozali Ismail (YDP DPMMS & Pengerusi Syabas), En Husni Salleh (CEO Teraju), En Ziad (Wakil Pemandu Dato Seri Idris Jala)

2. Objektif utama program ini adalah untuk memberikan Taklimat khas mengenai Pelan Trasformasi Ekonomi (ETP) dan Teraju kepada semua usahawan melayu di selangor serta perasmian AGM DPMMS.

3. Di bawah ini adalah ringkasan khas mengenai Program Tranformasi yang telah dicanangkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti Pelan Transformasi Kerajaan (PTK) dan Pelan Transformasi Ekonomi (PTE) memandangkan masa merupakan faktor utama yang akan membolehkan Malaysia menyertai kelompok negara maju.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) mulai sekarang hingga 2015, yang menyediakan landasan untuk membolehkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang akhir dekad ini, Najib memberi penekanan terhadap usaha mewujudkan persekitaran yang memungkinkan pertumbuhan ekonomi dengan melaksanakan pembangunan sosioekonomi yng bersifat terangkum, mengekalkan asas bakat dunia pertama dan meningkatkan kualiti kehidupan.

Untuk menambahbaik proses penyampaian kerajaan, beliau menubuhkan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi mengawalselia pelaksanaan dan menilai pencapaian PTK, PTE serta memudahkan dan menyokong pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).

Ini bukan cakap kosong semata-mata kerana telah wujud pencapaian yang ketara melaluinya.

Selepas 100 hari beliau mengumumkan PTE, Najib mengumumkan pula pelaburan berjumlah RM67 bilion dan Pendapatan Kasar Negara (PKN) berjumlah RM36 bilion daripada beberapa Projek Pintu Masuk (EPP).

Pengarah Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong (HKETO) di Singapura, Subrina Chow baru-baru ini berkata, semakin banyak usahawan dari Hong Kong, sebuah wilayah yang terkenal kerana kekuatan perniagaannya yang begitu berminat untuk mengetahui tentang Model Baru Ekonomi (MBE) Malaysia dan untuk mengambil bahagian di dalamnya.

Malah, kata beliau, kerajaan Hong Kong sendiri berminat dengan inisiatif pembangunan Malaysia seperti yang dapat dilihat daripada begitu ramai menteri dan pegawai kerajaannya yang melawat negara ini pada tahun lalu.

Disiplin tindakan yang dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala iaitu mengejar hasil dan gesaan Najib agar bertindak mengikut apa yang diinginkan oleh rakyat, mendekati orang ramai melalui konsep 1Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kini sudah mula membuahkan hasil.

Ia memutar semula jarum jam daripada keadaan ala kadar dan bersifat eksklusif suatu ketika dulu kepada suatu era yang penuh dengan keharmonian kecemerlangan serta keterangkuman untuk rakyat, tanpa mengira sama ada mereka tinggal di kawasan pedalaman, kampung, kampung baru, ladang atau kawasan bandar.

No comments:

Post a Comment