Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. 'Berani Kerana Benar' itulah ungkapan yang selalu kita dengar bila inginmencari kebenaran. Namun bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimistilah itu tiada dalam kamus kehidupannya apabila sentiasa mengelak daripada berdepan dengan sebarang cabaran untuk menegakkan kebenaran.
2. Hari ini trio 'Datuk T' bersedia untuk mengadakan upacara sumpah laknat di sebuah masjid bagi membuktikan bahawa pendedahan video skandal seks yang didedahkan mereka adalah Anwar. Tindakan Datuk T itu adalah satu cabaran besar untuk Anwar jika beliau berada dipihak benar.
3. Tapi seperti biasa, Anwar bila ditanya mengenai kesediaannya untuk melafazkan sumpah laknat, beliau akan mengelak daripada menjawab persoalan dikemukakan dan paling tidak akan mengatakan ia konspirasi politik Barisan Nasional (BN).
Cukup-cukup lah Anwar menyalahkan pihak lain bersumpah sajalah
Cukup-cukup lah Anwar menyalahkan pihak lain bersumpah sajalah
alau anda yakin berada dipihak benar.
4. Setahu saya, sumpah laknat atau 'bermuhabalah' adalah satu perkara yang dibenarkan dalam Islam bagi membuktikan kebenaran (kalau salah apa yang saya katakan minta para ustaz dan golongan ulama perbetulkannya).
5. Bukan itu saja, salah seorang daripada trio 'Datuk T' iaitu Datuk Eskay sudah menyerahkan DNA nya. Tapi Anwar sampai ke saat ini sentiasa mencari helah untuk tidak memberi DNA miliknya kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan bukti berhubung pertuduhan liwat dihadapinya.
6. Kalau sumpah laknat dan bagi sampel DNA adalah sesuatu yang membuatkan Anwar 'cuak' kerana bimbang tembelangnya akan pecah. Bagi saya mudah saja, jika beliau yakin berada dipihak benar tunjukkanlah jam tangan Omega yang kini dikatakan berada dalam simpanan isterinya, berani kerana benar wahai Anwar.
7. Lagi satu, kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam akhbar milik kerajaan negeri itu, beliau berkata kerajaan negeri sedang mempertimbang cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk T yang mendedahkan video skandal seks berkenaan.
8. Apa lagi Khalid, anda dicabar supaya membawa kes berkenaan ke mahkamah moga lebih senang kita mencari kebenaran dan banyak lagi rahsia Anwar dapat dibongkar.
9. Di negara maju kalau seseorang pemimpin politik itu terpalit dengan pelbagai skandal yang menjatuhkan maruah dan menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin, sudah lama mereka akan melepaskan jawatan. Tapi bagi manusia yang diangkat sebagai 'Anugerah Tuhan' oleh isterinya ini masih tidak boleh menerima ketentuan Tuhan dan tetap ingin menjadi Perdana Menteri walau apa cara sekalipun.
10. Akhir sekali kepada seluruh rakyat Malaysia, kita dikurniakan akal untuk berfikir dan mata untuk melihat. Maka, buatlah pertimbangan yang wajar dan nilailah dengan mata hati adakah Anwar layak digelar sebagai seorang pemimpin.
tak perlu roadshow atau mengunakan supporters, angkat sumpah di masjid, pasti semua sokong Datuk Nuar, itupun kalau berani dan tak payah lah sebut tentang hukum hakam soal bersumpah ini, orang tak mau dengar tapi mahu melihat berapa gentleman atau berani mempertahankan diri secara bermaruah, tak payah tengking2 orang media atau bila di tanya orang. pada para pengikut berani mati Dato Nuar, beri galakan pada Dato Nuar supaya berani angkat sumpah dan bukan mencari2 kesalahan orang lain, COME ON!
ReplyDelete