Wednesday, April 27, 2011

TWITTER SAYA : GERAKKAN GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT MENENTANG PAKATAN !

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.

1. 'Demokrasi Digital' satu istilah yang menarik diungkap oleh Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak.

2.Stail perang politik sudah semakin jauh berubah. Jikalau dahulu stail konvensional yang kelihatan ortodoks sepertimana arus media cetak,pena  dan penyampaian maklumat dari mulut ke mulut digunakan, hari ini ia kelihatan kurang berkesan.

3.Bagaimana tekonologi membiasakan penyampaian maklumat disampaikan melalui melalui paparan skrin itulah stail perang yang sedang digunapakai.

4. Blog,Facebook dan terbaru twitter bakal merencana dan merancakkan propaganda politik. Siapa yang menggunakan secara maksima aplikasi mudah alih ini, maka dialah akan kelihatan ke depan.

5. Alhamdulillah setelah 4 bulan berblogging, kini saya menggunakan medium twitter sebagai landasan alternatif penyampaian maklumat.

6.Semaksima mungkin, insyaallah kita akan bersama-sama menyampaikan yang HAK dan BENAR kepada rakyat. Ayuh bersama saya untuk kita bersama-sama 'menitik' satu persatu musuh kita.

7. KLIK DI SINI untuk menjadi rakan twitter saya. Bersama kita menggerakan ide kebangkitan 1Malaysia !

No comments:

Post a Comment