Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1. Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas pelancaran 'Skim Rumah Pertamaku' selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu Rakyat Didahulukan dan Pencapaian di Utamakan.
2. Pelancaran skim ini bagi saya tepat pada masanya, ketika harga hartanah di negara ini dikatakan semakin meningkat kerajaan melancarkan skim berkenaan bagi membantu memudahkan golongan muda di negara ini berpendapatan kurang daripada RM3,000 untuk memiliki kediaman sendiri. Orang muda perlu cepat dan bijak merebut peluang yg di lancarkan oleh kerajaan ini.
3. Melalui skim ini golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan mampu memiliki kediaman berharga RM220,000 kebawah. Ia sekaligus memberi ruang kepada mereka untuk memiliki aset sebagai jaminan masa depan.
4. Pelancaran skim berkenaan juga membuktikan kerajaan prihatin dan mendengar kehendak rakyat. Malah,cadangan ini telah di usulkan oleh Pemuda BN sendiri melalui kajian Makmal Generasi Muda ataupun BN Youth Lab yang mengemukakan pandangan dari org muda di peringkat akar umbi akhirnya mendapat perhatian positif dari kerajaan.
5. Makmal Generasi Muda sebelum ini mencadangkan kerajaan supaya menyediakan kemudahan pinjaman-ekuiti perumahan bagi mereka yang layak melalui bank swasta.
6. Hasil daripada kajian makmal berkenaan terhadap 1,000 golongan muda yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik, mereka menyatakan keinginan untuk memiliki kediaman sendiri.
7. Skim 'Homebuy Direct' yang dilaksanakan di United Kingdom di mana kerajaan dan pihak pemaju memiliki 30 peratus ekuiti rumah dan pembeli memiliki 70 peratus pada masa pembelian adalah salah satu contoh terbaik dan boleh dijadikan panduan bagi melaksanakan skim berkenaan.
8. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah tentu akan memainkan peranannya denganlebih berkesan bagi menjayakan skim berkenaan dengan menyediakan rumah pada harga yang mampu dimiliki golongan muda.
9. Bagaimanapun, kerajaan juga perlu memantau pelaksanaan skim terbabit dan pihak perbankan yang mengambil bahagian perlu mengurangkan birokrasi dengan memudahkan pinjaman kepada mereka yang layak.
10.Sebelum ini sudah banyak kerajaan melancarkan skim bagi membantu golongan muda seperti pinjaman perniagaan, tetapi karenah pihak bank yang mengambil bahagian serta syarat dikenakan menyebabkan mereka gagal mendapat pinjaman. Tidak kurang juga yang tidak tahu dengan skim diperkenalkan kerajaan.
11.Kerajaan juga mungkin bole mempertimbangkan semula had jumlah pinjaman kepada golongan ini supaya tidak terhad kepada rumah berharga RM220,000 ke bawah saja tetapi di lanjutkan ke RM250,000 kerana kos kediaman di bandar kini semakin tinggi.
12. sykt pemaju juga perlu aktif mempromosikan skim ini dan bersama2 membantu kerajaan menjayakan prog ini secara konsisten
13-manakala pihak bank pula dimintak jgn terlalu banyak birokrasi dan pelbagai syarat2 tambahan yg remeh temeh sehinggakan pemohon2 gagal mendapat pinjaman.
14-saya juga mencadangkan CTOS tidak di jd kan rujukan dlm mempertimbangkan pinjaman skim ini kerana CTOS sering tidak update dan tidak mengeluarkan nama2 peminjam yg telah melunaskan pinjaman sblm ini.
15-Agensi dan bank yg mengambil bahagian perlu juga mempromosikan skim ini melalui pelbagai media termasuk media baru supaya rakyat sedar ttg keujudan prog skim rumah pertamaku.
16- ini semua adalah tanda keikhlasan kerajaan utk membantu golongan muda dan prihatin dgn rakyat bukan sekadar rektorik dan janji2 kosong.
No comments:
Post a Comment