Wednesday, March 9, 2011

BUKU JINGGA MANIFESTASI PENGKAYAAN RETORIK SLOGAN.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Salam pembaca budiman. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini kerana menumpukan beberapa program kebajikan yang kami anjurkan di Kelantan. Program kerjasama di antara KPTM dan Biro Ekonomi Pemuda Umno banyak menjelajah dalam membantu masyarakat desa.

2. Namun dalam kesibukan ini tanpa disedari sudah masuk 3 tahun pakatan memerintah Selangor.

3. Sejenak berfikir, apa yang sudah mereka persembahkan kepada rakyat ? Tiada lain, sekadar slogan demi slogan dan janji demi janji.

4. Slogan Ketuanan Rakyat tidak menyerlahkan maksud sebenar perkataan. Ketuanan Rakyat versi Anwar Ibrahim lebih condong kepada menjaga hati Azmin Ali. PKR semakin rapuh. 

5. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Kehadiran ini diolah laksana pahlawan knights yang memberi sinar cahaya kepada rakyat.

6.Retorik ditambah bila gaji Penasihat Ekonomi ini dibayar RM1. Pendokong parti menganggap ia sebagai paksi ketelusan.

7. Dalam pembentangan Bajet Kerajaan Negeri, Pakatan mengakui mereka gagal mentadbir ekonomi. Defisit Kerajaan Negeri berlaku dua tahun berturut-turut. Apa sudah jadi dengan kerja dan  sumbangan Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri ?

8. Hari ini Buku Jingga dikeluarkan. Dirasmikan secara besar-besaran di Stadium Malawati Shah Alam dalam keadaan hadirin yang kosong.Persoalan, adakah penyokong mereka pun sudah semakin muak dengan pengkayaan slogan yang ternyata membohongi perjuangan mereka ?

9.Pada pandangan saya, jelas Buku Jingga ini hanya sekadar alat menutup kelemahan Anwar dan Pakatan Selangor. 

10. Ternyata disebalik retorik Buku Jingga ini, Pakatan sebenarnya mengakui akan perlaksanaan berjaya konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri.

11. Nantikan sambungan artikel ini. Kaitan Buku Jingga dan Pilihanraya.

No comments:

Post a Comment