Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1.Keratan akhbar di atas adalah rencana tulisan saya yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian semalam.
2.Saya menulis akan keperluan sektor korporat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu Rumah Kebajikan yang saya lihat kurang mendapat perhatian yang sewajarnya.
3.Pandangan saya ini berasaskan kepada pengalaman kami ( Pemuda Umno Selayang) yang pada waktu ini ada membantu secara yang berpatutan sebuah rumah kebajikan berlokasi di Rawang,Selangor. Kami membantu sekadar yang termampu namun Rumah Kebajikan ini masih tidak mendapat geran ataupun bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
4. Kes ini adalah mikro dan terpencil, namun jika dikumpulkan data berkemungkinan ada banyak lagi Rumah Kebajikan yang tidak mendapat sokongan yang diharapkan daripada JKM.
5.Keperluan Rumah Kebajikan seperti ini tidak hanya berlaku pada bulan ramadhan sahaja, ia melangkaui bantuan sepanjang tahun.
6.Sewajarnya syarikat korporat juga diharap dapat membantu mengurangkan permaslahan yang dialami oleh Rumah Kebajikan. Selain bantuan pada musim perayaan, kumpulan sasaran ini juga memerlukan bantuan langsung yang adakalanya membabitkan bantuan untuk menanggung kos pembelajaran dan kesihatan penghuni.
7.Bantuan secara menyeluruh merangkumi seluruh aspek amatlah diharapkan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh Rumah Kebajikan. Saya yakin dengan bantuan sedemikian, fokus penjaga-penjaga di rumah kebajikan ini dapat diatur semula.
No comments:
Post a Comment