Friday, March 18, 2011

ISU BIBLE AL KITAB : PERINGATAN PENTING KEPADA RAKYAT SELANGOR.

Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia.
1.Di bawah ini adalah transkrip dan pesanan penting daripada Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid yang mengupas mengenai isu Bible Al Kitab.

2.Setelah membaca kenyataan Mufti Selangor, rakyat selangor menanti tindakbalas kerajaan Pakatan Selangor  samada akan mencabar atau menyanggah gesaan Mufti ?

3. Kita menantikan jawapan bertulis Dato Dr Hasan Ali yang mengetuai Exco Agama Islam di Selangor mengenai isu ini.

4. Apa pula respon Khalid Ibrahim ? Adakah dia berani menyanggah gesaan Mufti.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu.

NONETamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya
.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut ditarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang Selasa lalu.

1 comment:

  1. Ternyata.. mereka telah merancang sesuatu.. mula2 mereka nak guna kalimah ALLAH, sekarang mereka nak sebarkan injil dalam bahasa melayu dan ada perkataan ALLAH dalam tu.. ini sangat bahaya.. dan merupakan sesuatu yang terancang.. Harap umat islam berhati-hati dengan penyebaran ini.. dan jika dalam masa setahun ni ada orang melayu/islam yang murtad... PAS perlu dipersalahkan dan tentunya Khalid Samad perlu bertanggungjawab dalam hal ini kerana dia yang bersungguh2 hendak pihak kristian menggunakan perkataan ALLAH.

    ReplyDelete