Saturday, March 12, 2011

BUKU JINGGA : OMONGAN KOSONG PEMBANGKANG.

 Assalamualaikum wb dan Salam 1Malaysia

1. Semalam saya telah mengeluarkan kenyataan di akhbar sinar harian akan cita-cita mat jenin pakatan yang mahu mengubah lanskap sosio politik negara melalui perlaksaan janji 100 hari Buku Jingga.

2. Di dalam Buku Jingga tersebut ada dinyatakan akan 10 janji pembangkang ke arah memenangi pilihanraya umum akan datang.

3. Janji ? Janji adalah makanan politik utama yang kerap dimainkan oleh pembangkang. Bagaimana janji pembangkang yang mahu membelanjakan wang sebanyk RM19.2 billion wajar dipersoalkan semula oleh rakyat. Dari mana datangnya peruntukan sebanyak itu ? Adakah dengan konsep gali lubang tutup lubang yang sedang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan di Selangor akan diulang semula konsep sekiranya mereka memerintah negara ?

4. Janji Buku Jingga adalah mahu menyelesaikan permaslahan rakyat dalam masa 100 hari. Rakyat harus menilai semula prestasi Kerajaan Pas Kelantan yang ternyata gagal dalam mengurangkan kadar pengangguran. Di tambah pula dengan kualiti bekalan air yang masih gagal di atasi oleh mereka. Jika 20 tahun memerintah pun  mereka gagal dalam melaksana dasar, apatahlagi janji 100 hari ?

5. Merakyatkan ekonomi merupakan salah satu utama janji mereka dalam Buku Jingga . Apa maksudnya merakyatkan ekonomi jika peniaga melayu di Pulau Pinang menjadi sasaran utama penindasan oleh rakan sekutu dalam Pakatan.


6.Selangor, antara negeri yang mengalami banyak masalah setelah ditadbir oleh PKR. Kes curi pasir, rasuah, arak dan cubaan untuk menghapuskan 30 peratus kuota pemilikan rumah milik Bumiputera. Itulah hadiah daripada kerajaan pembangkang di Selangor kepada rakyat setelah mereka dipilih membentuk kerajaan. Janji tinggal janji dan tiada ‘buah tangan’ yang boleh rakyat banggakan hasil perjuangan mereka itu.

7. Saya menyeru kepada mereka agar hentikanlah segala propaganda ini. Apakah janji-janji manis di dalam Buku Jingga ini boleh diterima pakai ? Usah termakan lagi dengan dakyah pembangkang dan apa yang pastinya PRU-13 nanti rakyat Selangor akan menghukum kegagalan kerajaan pakatan pembangkang.

8.Pada pengamatan saya jelas slogan “1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” yang dicetus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin diterima rakyat berbilang kaum di negara ini dan dibuktikan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau baru-baru ini.

2 comments:

  1. Tapi ada Tim Menteri kata buku itu baik untuk Malaysia. Sepatutnya kerajaan ada pandangan jitu bukan pandangan persaorangan. Apakah MT tidak bincangkan tentang buku jingga?

    ReplyDelete