Sunday, March 20, 2011

KHALID MEMALUKAN : KENYATAAN SAYA DI AKHBAR SINAR.

 Khalid memalukan
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab atas kelemahan dan kegagalan urus tadbir Yayasan Selangor yang berperanan besar dalam membantu pendidikan dan kebajikan rakyat negeri ini.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, defisit RM7.41 juta Yayasan Selangor disifatkan sebagai keadaan amat memalukan dan peranan Abdul Khalid sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu boleh dipersoalkan.

“Sepatutnya, beliau mengawal hala tuju dan merangka dengan baik perjalanan yayasan itu dengan menjaga kepentingan pendidikan dan kebajikan. Abdul Khalid perlu letak jawatan kerana apa yang berlaku di yayasan itu membuktikan kelemahan- kelemahan di bawah pentadbirannya menuju kepada kehancuran kerana Selangor menjadi semakin teruk di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

“Beliau perlu tampil dan menjelaskan kepada rakyat Selangor mengenai kronologi yang berlaku melibatkan yayasan itu kerana rakyat berhak untuk tahu perkara sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata, rakyat negeri ini perlu sedar kelemahan pentadbiran PR yang gagal menguruskan yayasan dengan baik dan mereka pandai membuat janji kosong dan retorik sahaja kerana tidak menunaikan janji.

Laporan Audit yang diedarkan kepada media, kelmarin menyebut Tadbir Urus Korporat di Yayasan Selangor tidak memuaskan termasuk lantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar.

Kedua-dua pegawai tertinggi itu dilaporkan telah dinaikkan pangkat dalam tempoh masa singkat yang diluluskan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor hanya melalui Circular Resolusi tanpa merujuk kepada pihak berkuasa negeri untuk kelulusan.

Semakan audit juga mendapati terdapat pembayaran elaun- elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat di dalam yayasan itu.

1 comment:

  1. HAHAHAHA...BEGITULAH KALAU BERI MONYET MENJAGA PISANG...HAHAHAHAHAHAHAHA...!!!!!

    ReplyDelete